Powered By Blogger

Thursday, October 14, 2010

apakah yang melanda di sekolah kita

APAKAH sebenarnya yang sedang melanda sekolah kita? Beberapa perlakuan guru sekolah terhadap murid mereka dalam tempoh beberapa hari ini menimbulkan persoalan mengenai tahap kualiti guru. Apa tidaknya jika seorang murid berusia 14 tahun yang dirogol bukan saja tidak mendapat simpati daripada pengurusan sekolahnya, malah dihukum pula dengan menurunkan kelasnya.

Tidak cukup dengan itu, statusnya sebagai seorang pengawas pun ditarik balik. Akibatnya, bukan saja gadis malang ini menghadapi trauma dirogol, malah sekolahnya sendiri menghukumnya dan memencilkannya hingga membuatnya berat untuk kembali ke sekolah. Apa jenis pengurusan sekolah yang kita ada sekarang ini ?

Apakah yang boleh kita harapkan untuk anak kita sekiranya wujud pengurusan jelek seperti ini yang bukan saja tidak berperikemanusiaan, malah memberi gambaran bahawa tidak berhati perutnya mereka itu.

remaja rosak akhlak

1- untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak remaja ini perlulah di didik sewaktu kecil lagi bak kata perpatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya .

2- jangan terlalu mengikutkan kata-kata remaja seperti apa yang dia ingin sebagai contohnya;-
*mereka ingin keluar malam dan ingin pulang lewat malam jangan di benarkan sama sekali kita tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh remaja jika meraka pulang lewat malam dan apa aktiviti mereka yang mereka sedang lakukan.

3- ibubapa harus memantau aktiviti anak mereka..ambil tahu apa mereka klakukan dengan siapa anak mereka berkawan jangan terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak takut nanti mereka  terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
*banyak aktiviti yang yidak berfaedah yang remaja lakukan seperti hisap rokok,lumba haram, seks bebas, dan lain-lain.

About Me

My photo
ipoh, perak, Malaysia
saya nor falihah binti mohd fadzir 18 tahun belajar di IKM LUMUT jurusan komputer.... saya mempunyai kawan yang agak-agak tambok iaitu elin , daya , nisa(kak chik) op hubugan pershabatan kita kekal buat selama-lamanya k jom kita kongsi bersama apa yang remaja mahu dalan kehidupan mereka???

picture

picture

kau suka aku???