Powered By Blogger

keruntuhan akhlak remaja

Lagi Kisah Rosak Akhlah Remaja Melayu

Pada pagi hari Isnin lepas 11hb Jun 2007 jam 7:30 seperti biasa saya telah ke Metropolitan Park di Jalan Ipoh untuk beriadhah. Biasanya saya melakukan “brisk walking” (berjalan cepat) sejauh 3 KM untuk keluarkan peluh. Saya telah dinasihatkan doktor supaya tidak berlari (jogging) lagi kerana pernah mengalami rosak “ligament” pada umur 49 tahun. Itulah amalan saya setiap pagi jika ada kelapangan. Saya mengambil masa dalam lengkungan 22 minit hingga 24 minit untuk menghabis sejauh jarak yang disebutkan di atas.
Di sana biasanya saya akan bertemu kawan-kawan yang melakukan berbagai-bagai aktiviti riadhah mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing. Mereka ini terdiri daripada bangsa Melayu (tidak ramai), Cina (paling ramai), India dan Punjabi (jarang sekali).
Ada juga yang pergi ke sana dan tidak mahu mengambil kesempatan untuk menyihatkan badan. Mereka ini terdiri daripada anak-anak Melayu yang berpeleseran membuang masa melepak dan berbual-bual kosong. Ada juga yang melakukan perkara sumbang seperti duduk berpasangan di tempat duduk yang sedia ada tanpa segan silu kepada orang di sekitar mereka.
Maka perkara inilah yang saya ingin gambarkan pada pagi Isnin tersebut. Biasa selepas “brisk walking” saya akan ke tempat permainan kanak-kanak untuk “cooling down exercise” sebelum balik. Di tempat permainan kanak-kanak ini terdapat beberapa tempat duduk untuk berehat.

Pada pagi itu setibanya saya di tempat berkenaan terdapat sepasang remaja Melayu sedang duduk berdua-duaan di mana terdapat juga beberapa orang dewasa terdiri daripada berbagai bangsa sedang melakukan senaman mengunakan peralatan kanak-kanak di situ. Pada mulanya mereka hanya duduk berdekatan sambil bersembang kemudian mula si betina yang berseluar pendek bersandar dan dipeluk oleh si jantan. Kemudian si betina mula tidur di pangkuan riba si jantan berkenaan. Perlakuan ini diperhatikan oleh mereka-mereka yang berada di sana termasuk saya sendiri. Rupanya mereka telah berada di tempat berkenaan sebelum saya tiba di situ lagi.

Saya telah diberitahu oleh rakan-rakan riadhah bahawa pasangan remaja Melayu berkenaan tidak ada perasaan dan sikap malu kerana berani melakukan perkara yang menjolok mata dan sumbang itu. Mereka melakukannya seolah-olah tidak terdapat manusia di situ. Atau pun mereka langsung tidak memperdulikan hal orang-orang di sekeliling mereka.

Salah seorang kawan saya, berbangsa India, telah memberitahu saya bahawa sungguh memalukan perkara yang pasangan remaja lakukan itu kerana memandangkan mereka adalah beragama Islam. Naik malu saya dibuatnya. Itulah barangkali pendapat kawan-kawan lain yang berada di situ.

Mereka dan saya tidak dapat berbuat apa-apa ke atas perlakuan maksiat pasangan remaja Melayu berkenaan kerana tidak mempunyai kuasa untuk menegur dan memberhentikan kelakuan mereka itu. Saya memang berasa geram dan marah melihat kelakuan pasangan remaja Melayu itu hinggakan satu ketika saya membeliakkan dan menjegekan mata ke arah mereka tetapi tidak diindahkan langsung oleh mereka.

Saya pun terus beredar daripada situ bagi mengelakkan daripada rasa marah yang tidak terkawal dan takut akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebelum meninggalkan Taman Metropolitan saya telah berjumpa ketua pengawal dan memberitahu beliau supaya memberi nasihat kepada pasangan remaja Melayu tersebut dan mengusir mereka keluar daripada taman berkenaan.

Saya juga telah diberitahu oleh ketua pengawal tersebut bahawa itu bukanlah kali pertama kelakuan maksiat dilakukan oleh pasangan-pasangan remaja Melayu di sana tetapi telah banyak peristiwa itu berlaku terutama sekali di waktu yang tidak ada orang beriadhah di sana. Walau pun berkali-kali ditegur dan dihalau namun mereka tetap datang lagi untuk melakukan perkara sumbang dan maksiat itu.

Apalah nak jadi dengan remaja-remaja Melayu yang sudah hilang dan tenggelam punca agama ini. Mereka langsung tidak memahami kehendak prinsip Islam yang mahukan mereka menjadi orang yang tidak melanggar tata kesusilaan Islam.

Perkara ini juga saya lihat berlaku di kompleks-kompleks membeli-belah di mana ramai yang berpeleseran dan melepak tidak ada hala tuju dalam kehidupan mereka melainkan hendak berseronok sahaja. Perkara ini sangat memalukan bangsa Melayu yang beragama Islam. Orang bukan Islam ramai menganggapkan Islam itu satu agama yang suci dan berandaian bahawa agama Islam boleh mencegah perkara maksiat yang kian banyak berlaku sekarang ini tetapi Malangnya andaian mereka itu namapaknya seperti jauh panggang daripada api. Sama ada suku tak suka bahawa gejala yang tidak sihat ini makin hari makin menjadi-jadi dan siapa pun tidak boleh menafikannya.

Apakah pihak berkuasa tidak boleh melakukan sesuatu bagi membenteraskan gejala ini? Tidakkah pihak kerajaan terutama sekali Jabatan Agama Islam berasa bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang berkesan bagi, sekurang-kurangnya, mengurangkan gejala ini kalau pun tidak dapat membasmikannya sama sekali? Bagaimana dengan barisan pemimpin-pemimpin negara ini yang kebanyakannya beragama Islam inginkah mereka melihat gejala yang tidak sihat ini kekal berterusan?

About Me

My photo
ipoh, perak, Malaysia
saya nor falihah binti mohd fadzir 18 tahun belajar di IKM LUMUT jurusan komputer.... saya mempunyai kawan yang agak-agak tambok iaitu elin , daya , nisa(kak chik) op hubugan pershabatan kita kekal buat selama-lamanya k jom kita kongsi bersama apa yang remaja mahu dalan kehidupan mereka???

picture

picture

kau suka aku???